Podcast

Podcast ialah rakaman audio yang boleh didengari melalui internet. Konsepnya serupa dengan radio, tetapi podcast boleh didengari pada bila-bila masa melalui pelbagai media elektronik. Berbeza dengan radio yang disiarkan secara langsung dari frekuensi tertentu, anda boleh mendengar podcast melalui internet misalnya.

Istilah "podcast" pertama kali dicadangkan oleh wartawan The Guardian, Ben Hammersley, pada tahun 2004. Perkataan podcast bermaksud singkatan daripada "play-on-demand" dan "broadcast" dan akhirnya diterima pakai oleh salah satu produk Apple, iPod dan aplikasi Apple Podcasts.

Kira-kira setahun sejak Apple mengeluarkan ciri podcastnya pada tahun 2005, siaran audio telah mula muncul dari pelbagai rangkaian radio, seperti BBC, CBC Radio One, NPR, dan sebagainya.

Jadinya, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu 'podcast' pada kuliah minggu ke-13 ini. Tugasan tersebut perlu dilaksanakan secara individu mengikut segala yang telah dijelaskan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim dalam kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.

Podcast yang saya pilih ini merupakan terbitan daripada Ceri Kembang Studio Channel yang telah dikendalikan oleh 3 orang host lelaki iaitu Tepung, Piji dan Pit. Berikut merupakan bahan bantu pembentangan saya yang berkaitan dengan tema Budaya Buli yang bertajuk 'Betul ke Budaya Buli Semakin Teruk?'. 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.