LinkedIn: Pengenalan

Aktiviti bagi sesi amali pada minggu ke-10 ini, Prof Dr Normaliza telah memperkenalkan kepada kami platform LinkedIn. Beliau juga berkongsi kepada kami tentang cara mendaftar akaun peribadi bagi platform tersebut dan kemudiannya membimbing kami melengkapkan segala maklumat diri yang berkaitan di dalam media tersebut. 

Untuk pengetahuan semua, LinkedIn merupakan suatu platform yang dapat digunakan untuk individu menemukan pekerjaan dan juga boleh dikira sebagai suatu kelebihan kepada pelajar untuk mudah mendapatkan tempat yang bersesuai bagi menempatkan diri dalam sesi Latihan Industri untuk memenuhi syarat bergraduat. Laman sosial ini juga dapat menghubungkan dan memperkuatkan hubungan profesional individu di samping dapat menampilkan diri dalam menceburi bidang kerjaya yang lebih cerah. Oleh hal yang demikian, beliau telah meminta kami untuk mengambil peluang dengan melibatkan diri dengan platform ini sebagai satu usaha dan ikhtiar bagi kami mencari peluang pekerjaan yang terdapat di pasaran dengan lebih meluas pada masa kini. 

Berikut merupakan akaun LinkedIn yang telah Cik Eddy daftar:
 Pautan:

Di bawah pula merupakan antara akaun-akaun LinkedIn yang telah 'connect' dengan akaun Cik Eddy:


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.