Asas Videografi: Video Fokus/Tanpa Wajah

Video Fokus ataupun video tanpa wajah ini merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap sesuatu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini dikatakan demikian kerana, tiada wajah yang terdapat dalam video fokus yang menyebabkan emosi watak dalam video ini tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus sangat penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

Jadinya, setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah video tanpa wajah bagi aktiviti kuliah pada minggu ini dan keudiannya akan dibentangkan pada sesi amali akan datang. Justeru itu, kumpulan kami telah berbincang dan mengambil kata sepakat untuk menghasilkan video tanpa wajah ini dengan mengfokuskan kepada sehelai wang kertas yang bernilai RM50 dalam sebuah persahabatan.

ASAS VIDEOGRAFI:
Video Fokus/ Tanpa Wajah (Duit RM50)

Boleh Like, Share & Subscribe my Channel!!! Selamat Menonton!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.