Infografik: Media Sosial

Infografik berasal daripada dua perkataan iaitu info dan grafik yang merupakan satu bentuk visual yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto. Bagi isi kandungan dalam infografik ini biasanya akan dipaparkan dengan teliti meggunakan prinsip rekabentuk berarah yang mengambil kira kesesuaian warna, jumlah meklumat dan susunatur maklumat yang ingin dipersembahkan.

Bagi aktiviti amali pada minggu ke-11 ini, kami semua telah diminta untuk menghasilkan satu infografik yang berkaitan dengan kesemua media-media sosial yang telah kami pelajari sepanjang mengikuti kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa bersama Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Tugasan ini perlulah dilakukan secara individu. 

Antara media-media sosial yang dimaksudkan adalah Instagram, Facebook, Twitter, Blogspot, Youtube, LinkedIn dan Tik Tok. Oleh hal yang demikian, Infografik yang perlu kami hasilkan adalah berkaitan dengan senarai kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh setiap media-media sosial tersebut.

Berikut merupakan Infografik yang bertemakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh setiap aplikasi media sosial yang terdapat pada masa kini yang telah Cik Eddy hasilkan.

Infografik: Kelebihan bagi Setiap 7 Media Sosial

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.