Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Tugasan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa  pada minggu ke-14 ini, setiap kumpulan telah diminta untuk menghasilkan ulasan yang meliputi keseluruh bab yang terdapat dalam kandungan buku Multimedia dalam Bahasa yang diterbitkan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Tugasan ulasan bagi setiap bab ini perlulah dibentangkan oleh setiap ahli kumpulan mengikut pembahagian bab seperti yang telah dipersetujui bersama dalam perbincangan yang dijalankan.

Jadinya, setelah perbincangan bersama ahli kumpulan berkaitan dengan pembahagian tajuk, cik Eddy perlu membentangkan ulasan bahagian bab 7 dalam Buku Multimedia dalam Bahasa. Berikut merupakan bahan bantu pembentangan yang digunakan oleh ahli kumpulan cik Eddy yang berkaitan dengan setiap bab yang terdapat dalam buku Multimedia dalam Bahasa: 

Slide VA Production:

https://drive.google.com/file/d/1H56NsSNwK8a-6pTt9MMH0W1ulaHHm0X8/view?usp=sharing


Podcast

Podcast ialah rakaman audio yang boleh didengari melalui internet. Konsepnya serupa dengan radio, tetapi podcast boleh didengari pada bila-bila masa melalui pelbagai media elektronik. Berbeza dengan radio yang disiarkan secara langsung dari frekuensi tertentu, anda boleh mendengar podcast melalui internet misalnya.

Istilah "podcast" pertama kali dicadangkan oleh wartawan The Guardian, Ben Hammersley, pada tahun 2004. Perkataan podcast bermaksud singkatan daripada "play-on-demand" dan "broadcast" dan akhirnya diterima pakai oleh salah satu produk Apple, iPod dan aplikasi Apple Podcasts.

Kira-kira setahun sejak Apple mengeluarkan ciri podcastnya pada tahun 2005, siaran audio telah mula muncul dari pelbagai rangkaian radio, seperti BBC, CBC Radio One, NPR, dan sebagainya.

Jadinya, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu 'podcast' pada kuliah minggu ke-13 ini. Tugasan tersebut perlu dilaksanakan secara individu mengikut segala yang telah dijelaskan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim dalam kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.

Podcast yang saya pilih ini merupakan terbitan daripada Ceri Kembang Studio Channel yang telah dikendalikan oleh 3 orang host lelaki iaitu Tepung, Piji dan Pit. Berikut merupakan bahan bantu pembentangan saya yang berkaitan dengan tema Budaya Buli yang bertajuk 'Betul ke Budaya Buli Semakin Teruk?'. 



Kehadiran Minggu 12

Kuliah
Rabu (15.6.2022)

Amali -
Jumaat (17.6.2022)

Infografik: Media Sosial

Infografik berasal daripada dua perkataan iaitu info dan grafik yang merupakan satu bentuk visual yang memaparkan pelbagai jenis maklumat yang dipersembahkan menggunakan teks, lakaran, carta, grafik dan foto. Bagi isi kandungan dalam infografik ini biasanya akan dipaparkan dengan teliti meggunakan prinsip rekabentuk berarah yang mengambil kira kesesuaian warna, jumlah meklumat dan susunatur maklumat yang ingin dipersembahkan.

Bagi aktiviti amali pada minggu ke-11 ini, kami semua telah diminta untuk menghasilkan satu infografik yang berkaitan dengan kesemua media-media sosial yang telah kami pelajari sepanjang mengikuti kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa bersama Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Tugasan ini perlulah dilakukan secara individu. 

Antara media-media sosial yang dimaksudkan adalah Instagram, Facebook, Twitter, Blogspot, Youtube, LinkedIn dan Tik Tok. Oleh hal yang demikian, Infografik yang perlu kami hasilkan adalah berkaitan dengan senarai kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh setiap media-media sosial tersebut.

Berikut merupakan Infografik yang bertemakan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh setiap aplikasi media sosial yang terdapat pada masa kini yang telah Cik Eddy hasilkan.

Infografik: Kelebihan bagi Setiap 7 Media Sosial

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!

Kehadiran Minggu 11

 

Kuliah
Rabu (8.6.2022)

Amali
Khamis (10.6.2022)



Asas Videografi: Video Setempat

Video Setempat merupakan video yang tidak memerlukan suntingan dan dirakamkan dalam keadaan yang tidak beralih tempat atau kawasan . Video ini dirakam dengan mengandungi suara latar oleh individu yang merakamkan video tersebut. Terdapat penceritaan yang disertakan dengan humor serta perkara-perkara yang berlaku secara spontan ketika rakaman itu dijalankan ketika itu, kebiasaanya, video setempat ini sangat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar berkongsi berita terini tentang dirinya.

Oleh itu, kami semua telah diminta untuk menghasilkan video setempat secara individu bagi tugasan kuliah pada minggu ini oleh Prof Dr. Normaliza Abd. Rahim. Berikut merupakan video setempat yang telah cik Eddy hasilkan berkaitan dengan aktiviti perkelahan bersama keluarga di Sungai Lembing, Pahang.


Asas Videografi: 
Video Setempat

Boleh like, share and subscribed channel! Selamat menonton!

Asas Videografi: Dokumentari

Video Dokumentari merujuk kepada video yang tidak mempunyai penceritaan. Namun begitu, video dokumentari ini memberikan pengetahuan kepda audiens tentang sesuatu maklumat. Oleh hal yang demikian, dalam video ini akan terdapat seseorang yang akan mengulas tentang dokumentari yang akan dipaparkan beserta suntingan suara yang siap sedia diselaraskan mengikut video yang dipaparkan. Tambahan pula, video dokumentari ini juga boleh disertakan dengan sesi temu bual bersama dengan watak sebenar dalam situasi tersebut supaya video yang dihasilkan lebih jelas menunjukkan realliti terhadap kandungan dokumentari yang ingin dikongsi.

Berikut merupakan tugasan video dokumentari yang telah dihasilkan secara berkumpulan pada minggu ini:

Asas Videografi: 

Video Dokumentari (Produk Merkuri)

Boleh like, share and subscribed channel! Selamat menonton!

LinkedIn: Pengenalan

Aktiviti bagi sesi amali pada minggu ke-10 ini, Prof Dr Normaliza telah memperkenalkan kepada kami platform LinkedIn. Beliau juga berkongsi kepada kami tentang cara mendaftar akaun peribadi bagi platform tersebut dan kemudiannya membimbing kami melengkapkan segala maklumat diri yang berkaitan di dalam media tersebut. 

Untuk pengetahuan semua, LinkedIn merupakan suatu platform yang dapat digunakan untuk individu menemukan pekerjaan dan juga boleh dikira sebagai suatu kelebihan kepada pelajar untuk mudah mendapatkan tempat yang bersesuai bagi menempatkan diri dalam sesi Latihan Industri untuk memenuhi syarat bergraduat. Laman sosial ini juga dapat menghubungkan dan memperkuatkan hubungan profesional individu di samping dapat menampilkan diri dalam menceburi bidang kerjaya yang lebih cerah. Oleh hal yang demikian, beliau telah meminta kami untuk mengambil peluang dengan melibatkan diri dengan platform ini sebagai satu usaha dan ikhtiar bagi kami mencari peluang pekerjaan yang terdapat di pasaran dengan lebih meluas pada masa kini. 

Berikut merupakan akaun LinkedIn yang telah Cik Eddy daftar:
 Pautan:

Di bawah pula merupakan antara akaun-akaun LinkedIn yang telah 'connect' dengan akaun Cik Eddy:


Asas Videografi: Video Tragedi

Video tragedi merujuk kepada video yang melibatkan plot penceritaan yang memberikan kesan emosi yang tinggi misalnya emosi yang sedih, murung, terkejut dan pelbagai lagi emosi negatif yang lainnya. Video ini seharusnya mempunyai jalan cerita yang memberi kesan dalam kehidupan seseorang. Oleh hal yang demikian, video ini memerlukan lakonan yang baik daripada pelakon-pelakon dengan memainkan emosi yang terserlah dengan jelas d setiap wajah pelakon tersebut.

Berikut merupakan hasil tugasan video tragedi oleh ahli kumpulan VA Production di bawah bimbingan Prof Dr. Normaliza Abd Rahim dalam kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.


Asas Videografi: 
Video Tragedi (Mati)

Boleh like, share and subscribed channel! Selamat menonton!


Kehadiran Minggu 10

Kuliah -
 Rabu (1.6.2022)

Amali - 
Jumaat (3.6.2022)

 

Asas Videografi: Video Seram

Video seram merupakan video yang berbentuk penceritaan yang memberikan kesan yang menakutkan. Video seram biasanya melibatkan penampakan hantu atau entiti yang kelihatan ataupun tidak kelihatan. Video tersebut boleh juga melibatkan manusia namun penceritaannya haruslah berfokuskan kepada situasi yang seram dan menakutkan.

Berikut merupakan video seram yang telah dihasilkan dalam tugasan amali secara berkumpulan oleh kumpulan cik Eddy pada minggu ini:


Asas Videografi: 
Video Seram (Kawan Baru)

Boleh like, share and subscribed channel! Selamat menonton!

Asas Videografi: Video Lagu

 

Video Lagu merujuk kepada video yang memerlukan lakonan mengikut jalan cerita penceritaan lagu. Video lagu melibatkan pelakon yang dapat meninggalkan kesan terhadap lirik lagu tersebut. Lakonan yang dilakukan perlulah mempunyai emosi supaya penonton faham tentang jalan cerita lagu tersebut. Video lakonan memerlukan suntingan yang baik supaya nampak lebih menarik.

Jadinya, berikut merupakan tugasan minggu ini bagi penghasilan video lagu yang telah dihasilkan oleh kumpulan saya dengan bimbingan Prof Normaliza Abd Rahim. 

   Asas Videografi: 
Video Lagu (Dua Insan)

Boleh like, share and subscribed channel! Selamat menonton!




Asas Videografi: Video Fokus/Tanpa Wajah

Video Fokus ataupun video tanpa wajah ini merujuk kepada video yang memberi tumpuan terhadap sesuatu item atau anggota badan. Video fokus mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton berfikir. Hal ini dikatakan demikian kerana, tiada wajah yang terdapat dalam video fokus yang menyebabkan emosi watak dalam video ini tidak akan kelihatan. Oleh itu, video fokus sangat penting dalam memberikan ruang pemahaman jalan cerita yang ingin disampaikan.

Jadinya, setiap kumpulan perlu menghasilkan sebuah video tanpa wajah bagi aktiviti kuliah pada minggu ini dan keudiannya akan dibentangkan pada sesi amali akan datang. Justeru itu, kumpulan kami telah berbincang dan mengambil kata sepakat untuk menghasilkan video tanpa wajah ini dengan mengfokuskan kepada sehelai wang kertas yang bernilai RM50 dalam sebuah persahabatan.

ASAS VIDEOGRAFI:
Video Fokus/ Tanpa Wajah (Duit RM50)

Boleh Like, Share & Subscribe my Channel!!! Selamat Menonton!!!