Hye hye hye folowers cik eddy,
Posting kali ini, cik eddy ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan
dengan satu aplikasi yang cukup terkenal dan banyak digunakan oleh
pengguna-pengguna media sosial pada masa kini. Ianya tidak cukup asing lagi
dengan nama aplikasinya iaitu “Instagram”.
Instagram ini dapat didefinisikan sebagai suatu aplikasi mudah alih tidak
kira di dalam kalangan pengguna sama ada iOS, Android atau Windows Phone. Kegunaan
aplikasi Instagram ini dapat dilihat dari segi pengguna boleh menangkap,
mengedit dan berkongsi foto atau video dengan memuat naiknya di halaman utama
Instagram dan rangkaian sosial lain. Terdapat pelbagai ciri-ciri khas yang
sangat menarik disediakan dalam aplikasi Instagram ini yang boleh dicuba dan
digunakan oleh pengguna media tersebut. Ciri-ciri khas yang terdapat dalam
aplikasi tersebut adalah berbeza fungsinya dan mengikut kesesuaian tujuan pengguna
dalam mengaplikasikannya.
Foto atau video yang dikongsi kemudiannya akan dipaparkan dalam suapan
pengguna lain yang mengikuti pengguna akaun tersebut. Di samping itu, sistem
persahabatan iaitu ‘friends’ yang digunakan di dalam aplikasi Instagram ini adalah
menggunakan istilah pengikut(following) dan mengikuti(followers). Mengikuti dalam
konteks media ini bermakna pengguna akaun media Instagram mengikuti pengguna
akaun yang lain untuk melihat segala perkongsian dari pengguna akaun tersebut,
manakala pengikut bermaksud pengguna lain yang mengikuti pemilik akaun sebenar
dengan tujuan yang sama. Tambahan pula, setiap pengguna boleh berinteraksi antara
satu sama lain dengan mengulas dan membalas suka pada foto yang dikongsi untuk
menjadi tatapan awam. Pelbagai kegunaan Instagram ini yang sangat menarik untuk
diterokai oleh pengguna media sosial ini.
Jadinya, di kesempatan ini cik eddy akan kongsikan cara-cara mendaftar akaun Instagram bagi membolehkan anda semua menggunakan aplikasi tersebut. Terdapat juga antara ciri-ciri khas Instagram yang cik eddy sertakan bagi membolehkan anda lebih mudah mengenali dan menggunakannya.
Jom Ikuti!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.