Asas Grafik merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, angka, perkataan atau lakaran yang menjadi satu media pengajaran bagi menterjemahkan konsep dan idea daripada penghantar kepada penerima maklumat. Asas grafik pada hakikatnya berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak seharusnya dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara elemen-elemen grafik yang akan dibincangkan ialah warna, teks, mudah, kesesuaian dan keseimbangan.
Berikut merupakan gambar-gambar yang di muat turun daripada Internet:
Elemen : Warna
Tema : Peranan Pemilihan Warna
Rujukan : https://www.magnoliaadisentosa.com/article
Huraian :
Pemilihan setiap
warna yang digunakan pada ruangan tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang
tertentu misalnya warna merah terang merupakan antara elemen warna yang dominan
dilihat pada ruangan tersebut. Warna merah terang yang dicat pada dinding ruang
tamu dan bantal yang diletakkan pada sofa di ruangan tersebut menyebabkan
penampilan ruangan itu menjadi semakin menyerlah dan sangat menarik. Tambahan
pula, penggunaan warna putih yang menjadi warna kontras untuk memenuhi ruang
kecil seperti di ruang tamu itu menyebabkannya terlihat lebih luas disebabkan
oleh warna putih tersebut memantulkan cahaya dan memberi kesan yang lebih
terang dan terbuka pada sesuatu ruang itu. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
pemilihan warna merah dan warna putih sememangnya merupakan dua warna yang
kontras, namun kedua-dua warna ini akan dapat menghasilkan suatu warna yang
saling seimbang dan harmoni apabila dipadukan.
Elemen : Teks
Tema : Peranan Saiz Tulisan
Rujukan : https://www.libur.com.my/ehsan-water-park-taman-tema-terkini-bakal-dibuka-di-port-dickson/
Huraian :
Gambar poster di
atas berperanan untuk mempromosikan pakej bagi kategori kumpulan yang ingin
berkunjung bersama keluarga. Poster tersebut menggunakan gabungan elemen
tulisan dan gambar yang bersesuaian dengan isi kandungannya bagi menarik
perhatian audiens. Teks yang digunakan pula merangkumi pelbagai jenis dan saiz
tulisan pada setiap bahagian maklumat mengikut tujuan penyampaiannya. Sebagai
contoh, tulisan harga tiket iaitu 'RM199' dan 'Family Package' ditulis dengan
saiz yang besar serta paling ketara bagi tujuan memaklumakan kepada audiens
tentang pakej yang ditawarkan oleh pihak penganjur taman tema air dari segi
jenis harga bagi kumpulan sasaran kerana ianya merupakan tujuan utama poster
tersebut dihasilkan. Tambahan pula, setiap teks yang terdapat dalam poster itu
mempunya penerangan maklumat secara terperinci terhadap pakej yang ditawarkan
misalnya dari segi bilangan orang yang diperuntukkan dalam satu pakej dan
faedah lain seperti saiz pakej makanan percuma.
Elemen : Mudah
Tema : Suasana di Sawah Padi
Rujukan : https://ms.pngtree.com/freebackground/snow-mountain-scene-on-plateau-highway_985424.html
Huraian :
Elemen yang dapat
dilihat menerusi gambar di atas adalah mudah. Ini kerana, gambar tersebut
sememangnya mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang melihatnya. Sebagai contoh,
kerbau dan sawah merupakan suatu perkara yang sangat sinonim kerana para
pesawah kebiasaanya akan menjadikan binatang ternakannya seperti kerbau sebagai
rakan setugas dalam aktiviti membajak tanak di kawasan sawah padi. Terdapat
juga 'orang-orang' sawah yang merupakan figura humanoid yang berpakaian lama
seperti manusia yang akan diletakkan di kawasan sawah padi bagi tujuan
menghalang dan menakutkan haiwan misalnya burung gagak daripada terus menganggu
serta memakan benih-benih yang baru sahaja menjadi tanaman padi di sawah
tersebut.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : https://my.lovepik.com/image-500670062/canada-banff-national-park-snow-mountain-scenery.html
Huraian :
Sudut pandang
kiri, kanan, atas dan bawah di dalam gambar di atas adalah seimbang. Hal ini
demikian kerana, sudut tepi kiri dan kanan dilihat seimbang dengan adanya
laluan jalan raya yang memisahkan antara hutan kecil itu. Tambahan pula, sudut
atas dan bawah bagi gambar tersebut adalah simbang dengan penghujung jalan raya
itu dilihat sebagai titik tengah yang memisahkan antara kedua sudut tersebut.
Sudut atas dilihat pada gunung yang dipenuhi dengan salji dan terdapat langit
yang dipenuhi dengan awan manakala sudut bawah memperlihatkan jalan raya yang
dikelilingi oleh pokok-pokok yang menjadikan pemandangan ini kelihatan seimbang
dan begitu mempersonakan dengan keindahan alam tersebut.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Tarikan Tasik Buatan
Rujukan : https://www.libur.com.my/pit-stop-ipoh-naik-bot-keliling-tasik-buatan-bukit-batu-kapur-di- taman-reakreasi-gunung-lang/
Huraian :
Gambar di atas
adalah bersesuaian dengan tujuan yang ingin disampaikan. Pemandangan tasik
buatan yang sangat tenang dan cantik ini sangat sesuai dinikmati dengan
aktiviti seperti mengelilinginya dengan menaiki bot kecil dari jarak yang
dekat. Tasik Buatan Batu Kapur di taman rekreasi Gunung Lang ini mempunyai daya
tarikan kehijauan alam yang sangat mempersona dan mendamaikan pengunjung yang
inginkan ketenangan. Oleh itu, tasik buatan Batu Kapur ini sangat sesuai dijadikan
tempat pelancongan untuk menikmati keindahan alam semulajadi.
Berikut merupakan gambar-gambar yang diperolehi dari rakaman sendiri:
Elemen : Warna
Tema : Peranan Pemilihan Warna
Rujukan : D'Garden Business Park, Batu Pahat, Johor
Huraian :
Penggunaan warna
di setiap bahagian di dalam gambar di atas sangat harmoni. Warna-warna tersebut
sangat sesuai digunakan khususnya di tempat yang kebiasaanya pengunjung datang
untuk mengambil gambar dijadikan kenangan. Dengan pengcahayaan di tempat
terbuka yang terdapat seperti D'Garden Business Park ini sesuai menggunakn
warna-warna yang cerah dan harmoni seperti itu kerana akan lebih menampakkan
suasana lebih ceria. Hasil gambar yang dirakam di kawasan tersebut oleh
pengunjung akan memberi kesan yang sangat cantik dan hasil pemandangan yang
sangat indah.
Elemen : Teks
Tema : Papan Tanda Ukiran Batu di Kawasan Hutan Rekreasi
Rujukan : Hutan Lipur Bukit Soga Perdana, Batu Pahat, Johor
Huraian :
Gambar papan tanda pada ukiran batu di atas diletakkan di kawasan rekreasi Hutan Lipur Bukit Soga Perdana, Batu Pahat bagi tujuan menjadi mercu tanda para pengunjung yang berjaya mendaki hingga ke puncak bukit tersebut. Penggunaan teks pada tulisan nama bukit di atas batu tanda itu membolehkan pengunjung merakamkan gambar kenang-kenangan di kawasan tersebut. Penggunaan warna yang kontras pada teks yang terdapat di ukiran batu itu juga membantu memperlihatkan tulisan teks sedemikan kelihatan lebih jelas. Teks tersebut menggunakan warna yang agak menyerlah dan kontras jika dibandingkan dengan warna alam di persekitaran agar papan tanda pada ukiran batu tersebut dapat dilihat dengan jelas oleh pengunjung.
Elemen : Mudah
Tema : Suasana di Sawah Padi
Rujukan : Terminal Bas, Muar
Huraian :
Elemen yang dapat
dilihat menerusi gambar di atas adalah mudah difahami oleh audiens. Figura yang
terdapat di dalam gambar di atas dapat difahami dengan baik kerana ianya jelas
memperlihatkan seorang pemuda yang sedang dikelilingi oleh sekumpulan
burung-burung merpati di kawasan terminal bas. Mesej utama yang ingin
disampaikan mudah difahami bahawa burung-burung merpati itu sedang makan
makanan yang diberikan oleh seorang lelaki. Pemandangan tersebut sangat
menenangkan, mendamaikan dan juga mengandungi mesej tersirat terhadap tingkah
laku murni yang boleh dicontohi agar manusia juga perlu berbuat baik dan
berbudi kepada kehidupan termasuklah haiwan.
Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan
Rujukan : Genting Highland, Pahang
Huraian :
Pemandangan di
dalam gambar di atas mengandungi elemen keseimbangan. Misalnya dari sudut
pandang kiri, kanan, atas dan bawah di dalam gambar di atas yang terlihat seimbang. Hal ini dapat dilihat
menerusi pemandangan yang sangat mendamaikan dengan terdapatnya segala objek
yang terlihat seimbang kerana adanya pokok di sudut kiri dan kanan, adanya
terlihat bentangan langit yang diwarnai dengan lapisan yang berbeza warnanya
dan adanya pemandangan sebahagian bukit yang dipenuhi kabus sejuk di kawasan
tanah tinggi Genting Highland, Pahang pada waktu malam. Selain itu, terlihat
juga simbahan warna dari lampu-lampu yang terdapat di tepi-tepi jalan raya dan
sebahagian lainnya di kawasan tersebut yang memperlihatkan keseimbangan warna
dalam pemandangan tersebut. Pengunjung yang datang dikawasan peranginan
tersebut pastinya dapat menikmati pemandangan yang sangat mendamaikan tersebut.
Elemen : Kesesuaian
Tema : Ketenangan
Rujukan : Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor
Huraian :
Gambar di atas adalah bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan di kawasan tersebut. Pemandangan daya tarikan di Pantai Minyak Beku yang sangat tenang, cantik dan mendamaikan sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan. Susunan hiasan yang sangat menarik dengan kepelbagaian hidangan yang disediakan menjadikan ianya sangat sesuai dengan aktiviti perkelahan tersebut. Oleh itu, pantai ini dapat dikatakan sangat sesuai dijadikan tempat pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi sambil menenangkan fikiran dan bersantai pada hujung minggu.
Berikut disertakan pautan video tugasan berkumpulan bagi topik Elemen Asas Grafik:
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.