Tugasan Berkumpulan: Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Pada kuliah minggu ke-12 ini, Prof Dr. Normaliza Abd Rahim telah memberikan kami tugasan yang berkaitan dengan pembentangan resensi keseluruhan bab yang terdapat dalam buku Multimedia dalam Bahasa secara berkumpulan. Kami perlu memahami setiap topik yang terdapat dalam bab-bab yang terdapat dalam buku tersebut dengan mencatatkan isi-isi penting yang berkaitan untuk dibentangkan di dalam kelas. Setelah itu, kami pula perlu menyediakan bahan bantu pembentangan yang berbentuk slide pembentangan masa yang diperuntukkan kepada kami untuk membentangkannya adalah selama 30 minit bagi setiap individu.

Berikut merupakan urutan giliran bagi pembentangan yang akan dijalankan pada minggu ke-14 hadapan seperti yang telah dipersetujui bersama:

  1. SaPe Production
  2. KJK Production
  3. Romulo Production
  4. ATMA Production
  5. VA Production
Cik Eddy daripada kumpulan VA Production yang merupakan giliran kumpulan yang terakhir dalam tugasan Podcast tersebut. Cik Eddy telah mengambil bahagian untuk membentangkan bab 7 yang terdapat dalam Buku Multimedia dalam bahasa karya Prof Dr. Normaliza Abd Rahim yang bertajuk 'Impak Multimedia dalam Bahasa'.

Tugasan Podcast

Pada kuliah minggu ke-12 ini, Prof Dr. Normaliza Abd Rahim telah memberikan kami tugasan yang berkaitan dengan pembentangan podcast secara individu. Tugasan ini memerlukan kami semua memilih satu video podcast yang panjangnya melebihi 15 minit untuk kami menontonnya. Kemudian, kami perlu memahami topik yang dibincangkan dalam podcast tersebut dengan mencatatkan isi-isi penting yang berkaitan dengan topik tersebut untuk dibentangkan di dalam kelas. Setelah itu, kami pula perlu menyediakan bahan bantu pembentangan yang berbentuk slide pembentangan yang maksima panjangnya hanyalah 5 slide sahaja dan masa yang diperuntukkan kepada kami untuk membentangkan podcast tersebut adalah selama 5 minit bagi setiap individu.

Berikut merupakan urutan giliran bagi pembentangan yang akan dijalankan pada minggu ke-13 hadapan seperti yang telah dipersetujui bersama:

  1. SaPe Production
  2. KJK Production
  3. Romulo Production
  4. ATMA Production
  5. VA Production
Cik Eddy daripada kumpulan VA Production yang merupakan giliran kumpulan yang terakhir dalam tugasan Podcast tersebut. Cik Eddy telah memilih podcast yang diterbotkan daripada CeriKembang Studio yang bertajuk 'Betul ke Budaya Buli Semakin Teruk?'.


Ketika dan Taklimat

    Kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang dikendalikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim penuh dengan pengisian kursus yang sangat bermanfaat khususnya dalam pengendalian teknologi yang semakin maju pada masa kini. Kuliah yang dilaksanakan kebanyakannya adalah berbentuk praktikal yang memerlukan kami semua banyak melakukan aktiviti-aktiviti dalam memahami isi kandungan pembelajaran bagi setiap topik yang didedahkan. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran bagi setiap kuliah pula berjalan dengan lancar beserta dengan penerangan yang jelas daripada Prof menyebabkan kami semua mudah memahami pengajaran yang diterangkan. Tambahan pula, setiap tugasan yang diberikan oleh Prof adalah sangatlah mencabar dan walaupun begitu, beliau tetap akan memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua agar tugasan tersebut dapat diselesaikan dengan baik. 

    Prof Dr Normaliza seorang yang sangat tegas tetapi gayanya yang santai dan bersahaja dalam berinteraksi dengan kami semasa sesi kuliah, membuatkan kami semua lebih selesa dan akan memastikan setiap tugasan yang diberikan akan disiapkan dengan bersungguh-sungguh supaya Prof berpuas hati dengan tugasan tersebut. Selain itu, setiap tugasan dan aktiviti yang diberikan sepanjang kuliah dari awal semester sehinggalah ke akhir kuliah yang dijalankan, boleh dikatakan majoritinya adalah berbentuk kerja berkumpulan. Prof sangat suka memberikan kami semua tekanan dalam setiap tugasan berkumpulan tersebut dan saya akui, tugasan berkumpulan sememangnya sangat mencabar kerana semakin ramai ahli kumpulan semakin banyak ragamnya. Ada ketika, tugasan yang diberikan itu menyebabkan kami sekumpulan mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza yang menyebabkan berlakunya sedikit pertelagahan kecil. Namun begitu, pada akhirnya kami semua sedar bahawa untuk menyelasaikan tugasan tersebut memerlukan kerjasama yang baik daripada semua ahli kumpulan supaya pada akhirnya dapat mencapai satu keputusan yang sepakat bagi memastikan tugasan itu berjaya disiapkan dengan baik.

    Walaupun banyak cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi dalam menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut, akhirnya saya sedar banyak hikmah yang dapat diperolehi dan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswi dalam perjalanan menimba ilmu ini. Antara hikmah yang saya perolehi adalah, dalam kehidupan ini sememangnya banyak cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapai sesebuah kejayaaan.  Hal ini dikatakan demikian kerana, kejayaan itu tidak akan datang bergolek tanpa kita berusaha. Oleh hal yang demikian, walaupun kita berasa susah dan penat lelah pada masa sekarang, ingatlah bahawa ianya akan menjadi suatu kemanisan di akhir kelak. Teruslah bersemangat, hadapi segala ujian dan cabaran itu dengan penuh keredhaan kerana suatu hari nanti segalanya pasti akan menjadi kenyataan seperti yang kita impikan.

Terima Kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Prof Dr Normaliza ABD Rahim atas segala nasihat, tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan kepada kami semua. Doakan kejayaan kami dan restuilah segala ilmu yang diberikan agar kami dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan diakhirat. Terima kasih Prof!!!